Jozan

Kumpulan Jozan ialah kumpulan kombinasi antara Johan dan Zizan Razak serta merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak musim pertama dan Maharaja Lawak. Kumpulan berlainan negeri ini cukup terkenal menerusi rancangan mereka iaitu Jozan yang disiarkan di Astro. Mereka mendapat tempat ke-2 dalam rancangan Maharaja Lawak 2011 dan Mereka juga adalah pengacara rancangan realiti popular Raja Lawak dari musim ke-2 hingga musim ke-7. Mereka Juga pernah bersama-sama berlakon dalam drama dan telemovie.