Juanda_Jaya
Juanda_Jaya

Juanda_Jaya

Yang Berhormat Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya merupakan rakyat Malaysia berbangsa Melanau Igan yang memegang jawatan Mufti Perlis bermula 27 Januari 2009 bagi tempoh dua tahun bagi penggal pertama lantikan. Beliau menamatkan kontrak pada lantikan penggal ketiga pada 31 Disember 2014 kerana dipanggil balik oleh Kerajaan Sarawak untuk berkhidmat kembali kepada kerajaan negeri Sarawak.[1] Pada 29 September 2009 beliau telah dipilih oleh Universiti Oxford, UK untuk menduduki kerusi 'Sarjana Tamu' (Visiting Fellow) di Pusat Kajian Islam Universiti Oxford selama 10 bulan bermula 5 Oktober 2009.[2]. Setelah tamat tempoh Fellowship beliau kembali menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis hingga menamatkan kontrak beliau pada 31 Disember 2014. Beliau kembali ke Sarawak pada Januari 2015 dan menjawat jawatan Pegawai Tadbir Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak disamping dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak dan Ahli Majlis Urusan Haji Tabung Haji Malaysia mewakili Negeri Sarawak bermula 1 Mac 2015 hingga kini. Setelah Pilihan raya umum Negeri Sarawak ke 10 pada 7 Mei 2016, hingga kini beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan DUN N44 Jemoreng

Juanda_Jaya

Didahului oleh Abu Seman Jahwie