Jujukan_utama
Jujukan_utama

Jujukan_utama

Jujukan utama ialah jalur selanjar dan tersendiri bintang-bintang yang terdapat pada plot warna (indeks warna) lawan kecerahan (magnitud mutlak) bintang ataupun najam. Plot-plot sedemikian dikenali sebagai gambar rajah Hertzsprung–Russell (gambar rajah HR) sempena pereka bersama plot, Ejnar Hertzsprung dan Henry Norris Russell. Bintang yang terdapat dalam jalur ini dikenali sebagai bintang jujukan utama atau bintang "kerdil"[1][2]Jujukan utama kadang kalanya dibahagikan kepada bahagian atas dan bawah, berpandukan proses utama yang digunakan bintang bagi menjana tenaganya. Bintang kurang daripada 1.5 kali jisim suria (1 jisim suria (1 M☉) = 2×1030 kg) kebanyakannya melakur atom hidrogen untuk menghasilkan helium, satu urutan yang dikenali sebagai rantai proton–proton. Bagi bintang yang jisimnya lebih daripada ini, dalam bahagian atas jujukan utama, proses lakuran menggunakan atom karbon, nitrogen dan oksigen sebagai perantara dalam kitaran karbon-nitrogen-oksigen (CNO Cycle) bagi menghasilkan helium daripada atom-atom hidrogen. Bintang-bintang jujukan utama yang memiliki lebih daripada dua jisim suria menjalani konveksi di bahagian teras dan ini mengocak helium yang baru dibuat dan mengekalkan pembahagian bahan bakar yang diperlukan bagi proses lakuran. Secara amnya, lebih tinggi jisim sesebuah bintang, lebih pendek jangka hayatnya di jujukan utama. Bintang berubah dan bergerak dari jujukan utama gambar rajah HR apabila ia kehabisan bekalan bahan api hidrogennya. Apa yang terjadi pada bintang bergantung pada jisimnya; bintang jisim kurang daripada 0.23 jisim suria bertukar menjadi kerdil putih sementara bintang jisim sehingga 10 jisim suria melalui fasa gergasi merah.[3] Bintang yang jisimnya lebih tingi boleh meledak sebagai supernova,[4] atau runtuh terus menjadi lohong hitam