Juliana_Evans
Juliana_Evans

Juliana_Evans

Che Puan[2] Juliana Sophie binti Johari Evans (lahir 5 Julai 1989)[lower-alpha 1] ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.[3]Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Juliana mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV.[4] Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan namun bakatnya masih belum terserlah sepenuhnya. Kini, bakatnya semakin terserlah dalam beberapa drama dan filem lakonannya.[5][6]

Juliana_Evans

Pekerjaan Pengacara, pelakon, model
Pasangan Tengku Shariffuddin Shah[1]
(k. 2017)
Tahun aktif 2001–kini
Anak 1
Berat 106 lb (48 kg)
Saudara Isabelle Evans (kakak)
Kelahiran Juliana Sophie binti Johari Evans
(1989-07-05) 5 Julai 1989 (umur 30)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ketinggian 5 ft 5 in (1.65 m)
Kediaman Bangsar, Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Juliana_Evans http://209.85.175.104/search?q=cache:swIVW2MbTTwJ:... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/juliana-e... http://www.imdb.com/name/nm3111875/ http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/04/17/julian... http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Hantu_... http://www.hmetro.com.my/node/225609 http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/juliana-evans-deda... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200...