Jumaat

Hari Jumaat (Friday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari ke-5 dalam seminggu dan terletak antara Khamis dan Sabtu. Perkataan Jumaat itu berasal daripada Bahasa Arab, yang bermakna banyak/ramai. Hari ini dinamakan Jumaat kerana pada hari ini orang-orang Islam akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengah hari bagi menggantikan solat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.Di negara-negara barat yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian, ada sesetengah orang yang percaya akan tahayul percaya jika hari Jumaat jatuh pada 13hb, hari itu dianggap hari yang malang. Dalam agama Kristian juga, ada satu hari perayaan yang jatuh pada hari Jumaat yang dipanggil Good Friday. Good Friday jatuh pada hari Jumaat sebelum Easter.Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Hal ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat ialah hari terakhir.