Junichiro_Koizumi
Junichiro_Koizumi

Junichiro_Koizumi

Junichiro Koizumi (小泉 純一郎, Koizumi Jun'ichirō, lahir 8 Januari 1942) ialah seorang ahli politik Jepun yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari tahun 2001 sehingga 2006.Koizumi yang dipandang sebagai seorang pemimpin yang degil dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) ini menaikkan nama beliau sebagai seorang pembaharu ekonomi yang menumpu perhatian beliau kepada hutang kerajaan Jepun serta penswastaan perkhidmatan pos negara ini. Pada tahun 2005, Koizumi membawa LDP kepada kejayaan memenangi antara majoriti yang terbanyak dalam parlimen dalam sejarah Jepun moden.Koizumi juga meraih perhatian dunia dengan menghantar Angkatan Pertahanan Diri Jepun ke Iraq, menjadikannya penghantaran tentera Jepun ke luar negara buat julung kalinya sejak Perang Dunia II, dan lawatan-lawatan beliau ke Kuil Yasukuni yang mengakibatkan ketegangan hubungan Jepun dengan China dan Korea Selatan.