Jurnal_akademik

Jurnal akademik atau jurnal ilmiah mengandungi artikel-artikel yang ditulis oleh seseorang yang mahir dalam sesuatu bidang. Jurnal akademik kebiasannya menjadi forum untuk membincangkan kajian terbaharu, dan mengkritik kajian sediaada.[1] Ia kebiasannya mengandungi artikel dari kajian asal, artikel semakan, dan ulasan buku. Tujuan penerbitan jurnal akademik adalah memberi ruang dan tempat kepada penyelidik bertukar-tukar pengetahuan. Jurnal akademik boleh dikesan seawal penerbitan pada abad ke-17.[2]Terma jurnal akademik digunapakai ke atas semua penerbitan ilmiah dalam pelbagai bidang. Jurnal sainstifik dan jurnal sains sosial berbeza dalam bentuk dan fungsi berbanding jurnal kemanusiaan. Jurnal ulasan sejawat (peer-review) merujuk kepada artikel yang ditulis oleh pakar dan dinilaisemula oleh beberapa orang pakar lain dalam bidang yang sama sebelum artikel diterbitkan di dalam jurnal untuk memastikan kualiti sesebuah artikel.[3] Penulis kebiasaannya tidak akan mendedahkan nama beliau untuk mengelakkan berat sebelah.