Jurutera
Jurutera

Jurutera

Jurutera atau insinyur[1] merupakan suatu pekerjaan profesional dalam bidang kejuruteraan, yang berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Jurutera mereka pelbagai jenis benda merangkumi alat, mesin, bangunan, struktur, dan sistem dengan sentiasa mengambil kira keselamatan dan kos.Terdapat pelbagai jenis bidang kejuruteraan dalam dunia ini, oleh itu, pelbagai jenis gelaran jurutera juga wujud.Dalam syarikat dan organisasi lain di sesetengah negara bertutur bahasa Inggeris terdapat kecenderungan untuk tidak menghargai orang yeng memiliki kemahiran teknologi dan saintifik berbanding selebriti, pengamal fesen, penghibur dan pengurus. Dalam bukunya The Mythical Man-Month,[2] Fred Brooks Jr menyatakan bahawa pengurus memikirkan mereka yang senior sebagai "terlalu beharga" bagi tugasan teknikal, dan kerja pengurusan membawa prestij lebih tinggi. Dia menerangkan bagaimana sesetengah makmal, seperti Bell Labs, menghapuskan kesemua pangkat kerja bagi mengatasi masaalah ini: pekerja profesional merupakan "ahli kakitangan teknikal." IBM mengekalkan dua laluan kenaikan berlainan; tingkat pengurusan dan teknikal sama tingkat adalah setaraf. Brooks mencadangkan bahawa struktur perlu ditukar; ketua perlu memberikan lebih perhatian bagi mengekalkan pekerja pengurus dan teknikal sebagai saling tukar selagi bakat mereka membenarkannya.. Sekian dari sayaMuhammad Abdullah