Jus
Jus

Jus

Jus (berasal daripada bahasa Inggeris juice ialah cecair yang secara semula jadi terkandung dalam pati buah atau sayuran. Jus secara mekanikalnya disediakan menerusi kaedah perahan samada menggunakan alatan perah atau mesin memerah. Air atau cecair yang keluar dari hasil perahan buah-buahan ataupun sayur-sayuran itu adalah jus. Perahan biasanya tanpa melibatkan sebarang penggunan haba atau cecair kimia, sebaliknya tekanan diperlukan untuk mengekstrak cecair yang hadir dari sel-sel tumbuhan tersebut. Jus biasanya merupakan minuman kegemaran ketika masa bersantai, sarapan, mahupun minum petang. Kandungan glukosa dan fruktosa dalam jus mampu membekalkan tenaga kepada peminum jus.Jus sesuai dihidang juga bersama campuran soda, air berkarbonat, larutan susu skim mahupun minuman yogurt.Kaedah penghasilan jus komersial mengaplikasikan penggunaan alat penapis dimana membantu menapis dan mengeluarkan gentian fiber atau pulpa buah yang bersaiz besar. Ini kerana gentian fiber dari tumbuhan dan buah-buahan serta pulpa buah biasanya membuatkan jus lebih keruh, dan tidak enak untuk diminum. Namun begitu penyedian jus buah oren beserta pulpa buah, dini hari mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana pulpa buah oren yang lebih ragup dan berjus manis.Kaedah umum untuk memelihara kesegaran jus ketika memproses jus dari buah mahupun sayuran biasanya melibatkan kaedah pengetinan, pembungkusan, pempasteuran, pemekatan, pembekuan, pengeluwapan dan semburan kering. Ini penting dalam memelihara kesegaran jus dan membunuh mikrob yang boleh merosakkan kualiti penyediaan jus.[1]Beberapa jenis jus yang terkenal adalah:Jus buah-buahan terdapat di Malaysia di antaranya adalah: