KIL_(filem)

KIL (Tulisan Jawi: كيل; merujuk kepada singkatan Akil dan perkataan kill dalam bahasa Inggeris) merupakan sebuah filem drama romantik misteri Malaysia 2013 arahan Nik Amir Mustapha terbitan Grand Brilliance dan Flux Visual Lab. Ia dibintangi oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne yang baru pertama kali menjadi watak utama melalui filem ini.[1] Filem ini juga merupakan filem pertama Nik Amir. Filem ini mengisahkan mengenai Akil, seorang lelaki muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan membunuh diri yang gagal, Akil telah mengupah sebuah agensi pembunuhan, Life Action Bureau (LAB) untuk membantu dirinya membunuh diri. Ketika tarikh kematiannya semakin dekat, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.[2] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013.Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada tujuh pencalonan di Anugerah Skrin 2013 (termasuk Filem Terbaik)[3] dan mengungguli Festival Filem Malaysia ke-26 dengan lima kemenangan dari sebelas pencalonan (termasuk Filem Terbaik).[4]

KIL_(filem)

Bahasa Bahasa Melayu
Disunting oleh Rewan Ishak
Lakon layar oleh Nik Amir Mustapha
Muzik oleh Saiful Ridzuan Sharafuddin
Pengarah Nik Amir Mustapha
Penerbit
Penulis
  • Nik Amir Mustapha
  • Rewan Ishak
  • Khairulzaman Dzulkifly
Pecah panggung RM 510,000
Mula ditayangkan 30 Mei 2013
Syarikatpenerbitan
Grand Brilliance
Flux Visual Lab
Sinematografi S. Y. Chong
Tempoh tayangan 90 minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh
Pengedar Primeworks Studios
Perbelanjaan RM 150,000