KLM
KLM

KLM

KLM (bermaksud Koninklijke Luchtvaart Maatschappij, atau Syarikat Penerbangan Diraja,terjemahan umum: Penerbangan Diraja Belanda) adalah penerbangan nasional Belanda.KLM kini beroperasi sebagai Air France-KLM,dengan kerjasama Air France,syarikat penerbangan nasional Perancis.Air France-KLM adalah penerbangan Perancis dan Belanda dengan tumpuan operasi KLM di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, berdekatan Amsterdam.Air France mengambil alih KLM pada Mei 2004, dan menubuhkan syarikat Air France-KLM. Syarikat baru ini beribu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris. Air France-KLM adalah syarikat penerbangan terbesar dunia berdasarkan hasil operasi dan ketiga terbesar dunia berdasarkan hasil-penumpang-kilometer.Air France-KLM adalah ahli kepada SkyTeam Alliance bersama dengan Delta Air Lines, Aeroméxico, Korean Air, CSA Czech Airlines, dan Alitalia.