KL_Motion_Pictures

KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan televisyen dan filem Malaysia, yang mengkhususkan dalam penerbitan kandungan media untuk rangkaian dan stesen televisyen Malaysia. Ia menerbitkan rancangan untuk Radio Televisyen Malaysia, rangkaian TV Media Prima dan ASTRO. KL Motion Pictures ditubuhkan pada 2006, diketuai oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Jamaluddin Karim selaku pengasas. Logo korporat syarikat ini menampilkan latar langit Kuala Lumpur.