KRI_Hasanuddin_(366)

KRI Hasanuddin (366) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia yang membawa peluru berpandu jenis kapal korvet SIGMA. Ia berkhidmat dengan Armada Barat sebagai kapal peronda.Kapal KRI Hasanuddin milik Indonesia merupakan kapal jenis korvet Sigma. KRI Hasanuddin memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Hasanuddin merupakan salah satu dari empat kapal yang dibina oleh Limbungan Tentera Laut Schelde, Belanda pada Januari 2004. Kapal KRI Hasanuddin memiliki seseran kosong 1,600 tan. Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.