Sejarah KRU

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang ibu saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk uji bakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Pada 2000, mereka menubuhkan kumpulan muzik maya bernama Tyco, yang ahlinya terdiri daripada mereka bertiga sendiri versi animasi.[4]

Pembubaran

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[3] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[5] Menurut Norman selaku ketua kumpulan, keputusan ini telah dipersetujui oleh beliau, Yusry dan Edry.[6] Malah tiada perancangan untuk KRU membuat persembahan pertemuan semula (reunion) pada masa hadapan berikutan setiap anggotanya sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing.[7] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[8]

Sebuah rokumentari khas mengenai perjalanan muzik KRU telah diumumkan oleh Norman dan telah diterbitkan pada Julai 2018.[9]

Rujukan

WikiPedia: KRU http://www.astroawani.com/berita-hiburan/tak-mahu-... http://www.krustudios.com http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/KRU.html http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/04/18/kru-... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... https://www.facebook.com/krumuzik/posts/9316944535...