Kabali
Kabali

Kabali

Kabali ialah filem mob gangster Bahasa Tamil dari India. Kabali ialah filem ke-159 Rajinikanth arahan P Ranjith yang memaparkan kisah kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India. Radhika Apte, Jhon vijay, Kishore, Rithvika, Kalaiyarasan, Dhansika, dan Dinesh Ravi memainkan peranan sokongan. Selain itu, beberapa artis tem­pat­an Malaysia yang terkenal seperti Datok Rosyam Nor, Norman Hakim dan Jack Taipan 7 turut memegang watak penting dalam filem tersebut. Filem ini juga dialih suara kepada bahasa Melayu[1].Penggambaran filem ini dilakukan di Malaysia, Bangkok dan Hong Kong.[2][3][4] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai 2016 dan 29 Julai 2016 dalam versi bahasa Melayu.Beberapa laman web tempatan juga sudah mula memberi ulasan mengenai filem Kabali. Antaranya, cinema.com.my, Mrsjamal.com, dan sebagainya. Kabali telah menjadi filem kedua terbesar di India dalam kutipan. Kabali ialah filem pertama bahasa Tamil di yang telah mengutip ₹300 kror.

Kabali

Bahasa Tamil
Hindi
Telugu
Melayu
Muzik oleh Santhosh Narayanan
Disunting oleh Praveen K. L.
Pengarah Pa. Ranjith
Penulis P. Ranjith
Penerbit S. Thanu
Pecah panggung MYR181 juta(₹301 kror)
Mula ditayangkan 22 Julai 2016
Syarikatpenerbitan
V Creations
Sinematografi G. Murali
Tempoh tayangan 151 minit
Dibintangi oleh Rajinikanth
Radhika Apte
Rosyam Nor
Winston Chao
Kalaiyarasan
Norman Hakim
Zack Taipan
Negara India
Malaysia
Pengedar Gemini Film Circuit
(India)
Le Grand Rex
(Perancis)
Malik Stream Corporations
(Malaysia dan Singapura)
Perbelanjaan MYR60 juta(₹100 kror)

Berkaitan