Kabinet_Malaysia
Kabinet_Malaysia

Kabinet_Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri (Tulisan Jawi: جماعه منتري) ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.[1][2]Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.[3]Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM10,847.65 sebulan.[4]