Kabinet_Negeri_Sarawak

Kabinet Negeri Sarawak (atau, secara rasmi, Majlis Eksekutif Negeri Sarawak) ialah sebahagian daripada cabang eksekutif Kerajaan Sarawak, Malaysia. Kabinet terdiri daripada Ketua Menteri, yang dilantik oleh Gabenor atas dasar beliau dapat menguasai majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak, dan beberapa menteri yang terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak.Kabinet ini adalah serupa dalam struktur dan peranan di peringkat persekutuan, sementara saiznya lebih kecil. Oleh kerana tanggungjawab persekutuan dan negeri berbeza, terdapat beberapa portfolio yang berbeza antara kerajaan persekutuan dan negeri.Anggota Kabinet dipilih oleh Ketua Menteri, dan dilantik oleh Gabenor. Menteri Kabinet akan sentiasa menjadi ketua kementerian.