Kabir_Bhatia

Kabir Bhatia (lahir Kabir Subash Bhatia; 22 Oktober 1969) juga dikenali dengan nama Islam Mohd Kabir Bhatia Abdullah[1] merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis lakonlayar India Malaysia kelahiran Mumbai, India.[2][3] Beliau bersama isterinya, Mira Mustaffa memiliki syarikat penerbitan Filmscape Sdn. Bhd.[1]Kabir berhijrah ke Malaysia pada 1994 di mana beliau berkhidmat di syarikat penerbitan Antah UTV dan memulakan kerjaya televisyen dengan mengarahkan beberapa drama TV termasuk City of Rich, Frontpage dan Hartamas. Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertama arahannya, Cinta yang menggabungkan 10 pelakon popular tanah air. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Sepi (2008), Setem (2010), Nur Kasih The Movie (2011) dan Gila Baby (2014). Kredit televisyen terkenal beliau yang lain termasuk Kekasihku Seru, Tower 13, Gemilang, Juvana dan Cinta Jangan Pergi. Projek terkini beliau ialah drama Anak Merdeka yang mana beliau mengarahkan 2 episod serta filem epik percintaan 2018, Pulang.