Kabupaten_Banggai_Kepulauan
Kabupaten_Banggai_Kepulauan

Kabupaten_Banggai_Kepulauan

Kabupaten Banggai Kepulauan ialah sebuah kabupaten yang terletak di wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia. Ibu kota kabupaten ini terletak di Salakan. Kabupaten ini memiliki keluasan wilayah daratan 3,160.46 km² dan wilayah laut 18,828.10 km², dan berpenduduk sebanyak 158,617 orang pada tahun 2009. Secara pentadbiran, Kabupaten Banggai Kepulauan terdiri daripada 19 kecamatan, 6 kelurahan dan 187 kampung yang terdiri atas 342 pulau dengan 5 pulau sedang iaitu Pulau Peleng (keluasan 2,340 km²), Pulau Banggai (268 km²), Pulau Bangkurung (145 km²), Pulau Salue Besar (84 km²), Pulau Labobo (80 km²) dan 337 pulau-pulau kecil. Panjang pantai 1,714.218 km.Kabupaten Banggai Kepulauan terbentuk daripada hasil pemekaran berdasarkan UU No. 51 tahun 1999 tentang Pembentukan Kabupaten Buol, Kabupaten Morowali dan Kabupaten Banggai Kepulauan serta dirasmikan pada 3 November 1999.