Kabupaten_Nias_Selatan

Kabupaten Nias Selatan ialah sebuah kabupaten yang terletak di Sumatera Utara yang terletak di pulau Nias. Penduduknya berjumlah 275,422 orang pada Januari 2005.Nias Selatan sebelumnya adalah bagian Kabupaten Nias. Status autonomi diperoleh pada 25 Februari 2003 dan dirasmikan pada 28 Julai 2003. Kabupaten ini terdiri dari 104 gugusan pulau besar dan kecil. Letak pulau-pulau itu memanjang sejajar Pulau Sumatera. Panjang pulau-pulau itu lebih kurang 60 kilometer, lebar 40 kilometer.Dari seluruh gugusan pulau itu, ada empat pulau besar, yakni Pulau Tanah Bala (39,67 km²), Pulau Tanah Masa (32,16 km²), Pulau Tello (18 km²), dan Pulau Pini (24,36 km²). Tidak seluruh pulau berpenghuni. Masyarakat Nias Selatan tersebar di 21 pulau dalam lapan kecamatan.