Kaca

Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila bahan cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup masa untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk. Ia bersifat lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai, dan secara biologinya merupakan bahan yang tidak aktif lalu boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat berguna. Komponen utama kaca ialah silika iaitu sejenis ialah galian yang mengandungi silikon(IV) oksida. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir, malah kaca kadang-kala terbentuk secara semulajadi daripada lava gunung berapi dalam bentuk obsidia.