Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari
Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70
sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.Kacang soya adalah
legume berprotein tinggi (keluarga
Fabaceae) yang ditanam sebagai
makanan bagi
manusia dan
ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan
bahasa Jepun shoyu (kicap).Kacang soya dianggap sebagai sumber
protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua
asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran,
oat {Avena sativa} dan kemungkinannya
kuinoa.