Kacang_tanah
Kacang_tanah

Kacang_tanah

Kacang tanah (nama saintifik Arachis hypogaea), adalah spesies dalam keluarga kekacang berasal dari Amerika Selatan, Mexico dan Amerika Tengah.[1] Ia merupakan tumbuhan herba semusim membesar sehingga 30 ke 50 cm (1 hingga 1.5 kaki) tinggi. Daunnya saling bertentangan, berpinat dengan empat anak daun (dua pasang yang bersebelahan), setiap anak daun panjangnya 1 hingga 7 cm (⅜ ke 2¾ inci) dan 1 hingga 3 cm (⅜ ke 1 inci) lebar. Bunganya bergarispusat 2 ke 4 cm (¾ ke 1½ inci), berwarna kuning dengan corak urat kemerah-merahan. Selepas pendebungaan, buahnya menjadi legum yang panjangnya 3 ke 7 cm (1 ke 2 inci), mengandungi 1 hingga 4 biji, yang dipaksa masuk ke dalam tanah untuk matang.