Kadar_pertukaran
Kadar_pertukaran

Kadar_pertukaran

Dalam bidang kewangan, kadar pertukaran (juga dipanggil kadar pertukaran asing, kadar forex atau kadar FX) antara dua mata wang menentukan berapa nilai satu mata wang dari segi satu mata wang yang lain. Contohnya, kadar pertukaran 102 yen Jepun (JPY, ¥) ke dolar Amerika Syarikat (USD, $) bermaksud JPY 102 sama nilainya dengan USD 1. Pasaran pertukaran asing ialah salah sebuah pasaran terbesar di dunia. Mengikut sesetengah anggaran, kira-kira mata wang bernilai 2 trilion USD bertukar tangan setiap hari.Kadar pertukaran lani ialah kadar pertukaran semasa. Kadar pertukaran hadapan ialah kadar pertukaran yang disebut harga dan didagangkan hari ini tetapi kiriman dan bayaran dilakukan pada tarikh akan datang yang ditentukan.