Kajang
Kajang

Kajang

Kajang (Jawi: كاجڠ) ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit-bukau. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang.

Kajang

- Jumlah 561,593
Diasaskan 1994
Zon masa MST (UTC+8)
- Yang di-Pertua MP Kajang Yang Berbahagia Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman