Kaki_(ukuran)

Satu kaki ditakrifkan sebagai 12 inci atau 0.3048 meter. Terdapat tiga kaki dalam satu ela. Takrif ini merupakan kaki antarabangsa Inggeris yang asal. Kaki dilambangkan dengan satu tatatanda prima (umpamanya, 30′bermaksud 30 kaki) sedangkan inci dilambangkan dengan dua tatatanda prima. Oleh itu, 6′ 2″ bermaksud 6 kaki 2 inci. Bagaimanapun, tanda petikan tunggal sering digunakan sebagai ganti untuk kaki dan tanda petikan biasa untuk inci kerana kelihatan lebih kurang sama. Kaki sebagai ukuran telah digunakan dalam hampir semua budaya dan biasanya dibahagikan dengan 12, walaupun kekadang kaki juga dibahagikan dengan 10 (jari-jari dan ibu jari tangan) atau 16 (jari-jari tangan dan kaki). Penggunaan kaki piawai pertama yang diketahui adalah dari Sumeria. Takrifnya diberikan di arca Gudea yang terletak di Lagash dan bertarikh di sekitar 2575 SM. Sesetengah ahli metrologi mengagak bahawa kaki United Kingdom disesuaikan daripada ukuran Mesir oleh orang Yunani, dengan kaki yang lebih panjang digunakan kemudian oleh orang Rom.