Etimologi Kaki_(ukuran)

Kepercayaan popular adalah bahawa piawai asal untuk kaki ialah panjang tapak kaki manusia. Ada juga orang yang mempercayai bahawa ukuran kaki Inggeris datangnya daripada tapak kaki Raja Henry I yang tepat-tepat berukuran 12 inci. Kepercayaan ini mendasarkan fakta bahawa bagindalah yang memiawaikan unit-unit ukuran di England. Bagaimanapun, kepercayaan ini tidak mungkin kerana terdapat rekod-rekod (Laws Æthelstan) bahawa perkataan "kaki" sebagai ukuran pernah digunakan kira-kira 70 tahun sebelum kelahiran Raja Henry I.

Panjang purata tapak kaki orang Eropah yang terkini ialah lebih kurang 9.4 inci (24 sentimeter). Kira-kira 99.6% daripada lelaki British mempunyai tapak kaki yang panjangnya kurang daripada 12 inci. Satu keterangan yang mungkin untuk inci-inci yang hilang adalah bahawa ukuran kaki merujuk kepada kaki yang berkasut. Keterangan ini adalah tekal dengan ukuran yang digunakan untuk tujuan-tujuan praktik seperti dalam tapak-tapak pembinaan dan sebagainya. Bagaimanapun, hampir semua orang mengukur panjang ketika memakai kasut atau but, berbanding menanggalkan kasut dan mengukur dengan berkaki ayam.