Kaki_arnab
Kaki_arnab

Kaki_arnab

Dalam budaya-budaya tertentu, kaki arnab digunakan sebagai azimat (tangkai) yang dipercayai membawa tuah kepada pemakainya. Kepercayaan ini dipegang oleh sesetengah masyarakat di Eropah, China, Afrika, dan Amerika Utara dan Selatan. Dikatakan bahawa kepercayaan ini wujud di Eropah sejak tahun 600 SM, di kalangan kaum Celt di Britain. Pemerolehan kaki arnab ada berbagai-bagai syaratnya, seperti arnab itu mestilah mempunyai sifat-sifat tertentu, atau dibunuh di tempat tertentu atau dengan cara yang tertentu, ataupun oleh seseorang yang memiliki sifat-sifat tertentu.Ramai yang percaya bahawa kaki arnab memiliki kuasa yang memberikan tuah kepada pemakainya. Ini dipercayai berasal dari tradisi upacara puak pemburu untuk ahli-ahli remaja pada zaman pra-Celt. Pemuda-pemuda ini mula-mula diajar memburu arnab sebagai permulaan tempoh perantisan pemburu. Sekiranya mereka berjaya, sebelah kaki belakang arnab dihadiahkan kepada mereka dengan penuh istiadat sebagai tanda peralihan ke alam dewasa.