Kalendar_Cina

Kalendar Cina (Bahasa Inggeris: Chinese calendar) merupakan takwim lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan takwim suria. Di negara China sekarang, takwim Gregorius digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu, dan Perayaan Kuih Bulan, serta dalam bidang astrologi, seperti memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan.Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai "kalendar pertanian" manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai "kalendar umum" atau "kalendar Barat". Satu lagi nama bagi kalendar Cina ialah "kalendar Yin" yang dipetik daripada rujukan kepada aspek kitaran bulan kalendar ini, manakala kalendar Gregorian dipanggil "kalendar Yang" yang merujuk kepada aspek kitaran matahari. Kalendar Cina juga bergelar "kalendar lama" (Cina Tradisional: 舊曆, Cina Ringkas: 旧历, pinyin: jìulì) setelah "kalendar baru" (Cina Tradisional: 新曆, Cina Ringkas: 新历, pinyin: xīnlì), iaitu kalendar Gregorian digunakan sebagai kalendar rasmi. Kalendar tradisi juga merujuk kepada "Kalendar Xia"; namun, kalendar Xia secara tepatnya tidak merujuk kepada kalendar Cina ini, sebaliknya merujuk kepada satu kalendar yang pernah digunakan oleh kaum Cina sebelum ini.

Rujukan

WikiPedia: Kalendar_Cina http://www.char4u.com/chinese-zodiac-sign.php http://www.henryfong.com/10000.htm http://www.mandarintools.com/calendar.html http://www.hko.gov.hk/contente.htm http://www.hko.gov.hk/gts/time/24solarterms.htm http://www.hko.gov.hk/gts/time/stemsandbranches.ht... http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/cal.p... http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/chine... http://www.sinica.edu.tw/~tdbproj/sinocal/luso.htm... https://archive.is/20120716085954/sunearth.gsfc.na...