Kalio
Kalio

Kalio

Kalio adalah nama untuk rendang separuh siap, yang masih berwarna keperangan dibandingkan dengan rendang yang berwarna perang kehitaman. Kalio mempunyai tekstur yang melekit dan lembap dengan aroma karamel yang kuat, sementara rendang lebih kering, teksturnya lebih kasar, dan mengeluarkan aroma pedas yang tajam. Kalio umumnya dijual sebagai rendang di Restoran Padang di luar Sumatera Barat kerana tempoh memasaknya lebih pendek sehingga lebih praktikal dan menjimatkan untuk dihidangkan. Selain itu, rasanya tidak terlalu pedas dan dagingnya tidak dimasak sekeras rendang.Seperti rendang, isi lauk kalio biasanya daging lembu, daging ayam, limpa, hati lembu atau jering . Hati, limpa, jering, dan kentang biasanya dimasak lebih banyak menjadi kalio kerana sering hancur ketika dikacau dan terlalu keras ketika menjadi rendang.