Kalis_tukar_tertib
Kalis_tukar_tertib

Kalis_tukar_tertib

Dalam bidang matematik, kalis tukar tertib ialah sifat sesuatu operasi yang mana penukaran tertib penggunaan operasi itu menghasilkan nilai yang sama. Peribahasa Melayu ada menyebut, "dua kali lima", bererti sama sahaja, kerana 2 × 5 = 5 × 2 = 10. Sifat ini didapati dalam operasi-operasi ringkas seperti penambahan dan pendaraban. Namun begitu, sifat ini dianggap sebati dan tidak diberi nama sehinggalah pada kurun ke-19 apabila ilmu matematik mula dikaji secara formal.