Pemakanan Kalsium

Keluaran tenusu dan kalsium

Susu, yogurt, keju dan keluaran tenusu lain merupakan sumber utama kalsium badan di mana vitamin D diperlukan untuk penyerapannya dalam badan. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia.

Tulang dan gigi yang sihat

Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Kalsium amat diperlukan semasa peringkat tumbesaran seperti pada peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis iaitu kemerosotan tulang yang boleh menyebabkan risiko retak atau patah tulang. Keperluan kalsium boleh dipenuhi dengan pengambilan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh diambil sebagai pilihan alternatif.

Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alahan kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur ke dalamnya.

Rujukan

WikiPedia: Kalsium http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://ods.od.nih.gov/factsheets/calcium.asp http://www.nal.usda.gov/fnic/foodcomp/Data/SR17/wt... http://en.wikipedia.org/wiki/Chemical_elements_dat... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85018768 https://d-nb.info/gnd/4069806-3 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00565069