Kamal_Adli
Kamal_Adli

Kamal_Adli

Ahmad Kamal bin Ahmad Adli (lahir 16 April 1986) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara dan peragawan Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan dan Black Belt Kaler Pink serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa dan Rongples Rongtaim.Beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013) dan Abang Long Fadil (2014). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Kamal_Adli

Pekerjaan Pelakon, pengacara, model, pelawak
Tahun aktif 2008–kini
Kelahiran Ahmad Kamal bin Ahmad Adli
(1986-04-16) 16 April 1986 (umur 33)
Pekan, Pahang, Malaysia
Ketinggian 178cm
Kediaman Bandar Baru Bangi, Selangor

Rujukan

WikiPedia: Kamal_Adli http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kamal-adl... http://www.budiey.com/hero-remaja-2008-milik-kamal... http://www.budiey.com/kru-studios-terbitkan-drama-... http://www.feldavoice.com/2014/07/23/kamal-adli-in... http://www.gempak.com/artikel/1330/kamal-adli-tauk... http://www.gempak.com/artikel/6966/hubungan-kami-m... http://www.imdb.com/name/nm4311703/ http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=06... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...