Kerjaya Kamal_Adli

Kamal pada 2015.

Peranan pertama Kamal dalam bidang lakonan ialah pada 2008 menerusi peranan kecil dalam siri drama Renjis musim kedua di Astro Ria, seterusnya memulakan kerjayanya sebagai pengacara apabila beliau mengacarakan rancangan Pandanganku, Ceritaku yang juga bersiaran di Astro Ria. Pada 2009, Kamal diberikan peranan utama sebagai Nik menerusi drama adiwira cereka sains TV3, Bio-Nik terbitan KRU Studios.[2] Drama ini berkisarkan seorang remaja yang bernama Nik yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, lalu dibangkitkan semula dengan berlengkapkan pelbagai ciri-ciri robotik yang canggih lagi serba boleh dalam badannya.[3][4][5]

Selepas Bio-Nik, Kamal berlakon bersama Liyana Jasmay menerusi drama Zati & Si Mawas.[6] Peranan pertama di layar lebar hadir pada 2010 apabila Kamal membintangi filem sulung lakonannya, Niyang Rapik arahan Ahmad Idham bersama Shaheizy Sam dan Awal Ashaari.[7]

Pada tahun 2011, Kamal bersama Liyana dan Zahiril Adzim membintangi filem seram Senjakala arahan Ahmad Idham yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai penduduk kampung. Beliau pertama kali berpasangan dengan Intan Ladyana menerusi filem Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan, Kamal memegang watak dua beradik kembar, iaitu Awal dan Awi. Seterusnya, beliau membintangi drama Ana lu'lu’' bersama Nora Danish yang disiarkan di Slot Lestary TV3.

Bekerja sekali lagi di bawah arahan Idham, Kamal bergandingan bersama aktres Indonesia, Olivia Lubis Jensen menerusi filem romantik gabungan Malaysia-Indonesia, Gerimis Mengundang yang ditayangkan pada 31 Mei 2012. Kamal kembali ke layar kaca dengan melakonkan watak utama dalam siri Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 bersama dua heroinnya, Miera Leyana dan Nad Zainal.

Pada tahun 2013, Kamal bersama Syamsul Yusof dan Hanis Zalikha berlakon dalam filem aksi komedi arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam, Gangster Celop.[8] Beliau kemudiannya berlakon dalam filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin. Seterusnya, beliau menjadi peserta rancangan realiti TV, Liga Lawak Superstar. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee dalam pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[9][10]

Pada tahun 2014, beliau bersama Zizan Razak memegang watak utama dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[11] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada filem KL Gangster, Kamal melakonkan watak sebagai Adam, anak kepada seorang pendekar. Seterusnya, beliau berlakon dalam filem seram arahan Pierre Andre, Cerita Hantu Malaysia.

Kamal memegang watak sebagai Chi dalam telefilem Rongples Rongtaim arahan Yusry KRU lakonan bersama Tauke Jambu, Chelsia Ng, Bell Ngasri, Chew Kin Wah dan Ayahanda Abdul Rani Kulup. Telefilem ini disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra.[12] Ini merupakan kali kedua Kamal dan Tauke berlakon bersama selepas Abang Long Fadil.

Beliau berlakon bersama Aaron Aziz dalam drama komedi Black Belt Kaler Pink yang bersiaran di Astro Warna, seterusnya muncul dalam filem drama ketenteraan arahan Jurey Latiff Rosli, Malay Regiment yang ditayangkan pada 31 Ogos 2017.

Rujukan

WikiPedia: Kamal_Adli http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kamal-adl... http://www.budiey.com/hero-remaja-2008-milik-kamal... http://www.budiey.com/kru-studios-terbitkan-drama-... http://www.feldavoice.com/2014/07/23/kamal-adli-in... http://www.gempak.com/artikel/1330/kamal-adli-tauk... http://www.gempak.com/artikel/6966/hubungan-kami-m... http://www.imdb.com/name/nm4311703/ http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=06... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...