Kamala_Harris
Kamala_Harris

Kamala_Harris

Kamala Devi Harris (lahir 20 Oktober 1964)[1] ialah seorang ahli politik dan peguam dari Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai senator junior Amerika Syarikat bagi negeri California sejak tahun 2017. Beliau juga merupakan calon naib presiden Amerika Syarikat bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden A.S. 2020.Dilahirkan di Oakland, California, Harris merupakan graduan Universiti Howard dan Universiti California, Kolej Undang-Undang Hastings. Beliau memulakan kerjayanya di Pejabat Peguam Daerah Alameda, California sebelum direkrut ke Pejabat Peguam Daerah San Francisco dan kemudian di pejabat Ketua Peguam San Francisco. Pada tahun 2003, beliau terpilih sebagai peguam daerah San Francisco. Beliau juga terpilih sebagai ketua peguam California pada tahun 2010, dan dipilih semula pada tahun 2014.Beliau mengalahkan Loretta Sanchez dalam pilihan raya Senat 2016, sekali gus menjadi wanita Afrika-Amerika kedua dan orang Asia Tenggara-Amerika pertama yang berkhidmat di Senat Amerika Syarikat.[2][3] Sebagai senator, Harris telah menyokong reformasi penjagaan kesihatan, taraf kewarganegaraan untuk pendatang tanpa dokumen, Akta DREAM, larangan penggunaan senjata, dan reformasi cukai progresif.[4]Pada 2019, beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon presiden parti Demokrat. Namun, beliau menarik semula pencalonan tersebut dan menghentikan kempennya pada 3 Disember 2019.[5] Walaupun begitu, bekas naib presiden, Joe Biden mengumumkan bahawa beliau telah memilih Harris sebagai gandingannya untuk menjadi calon naib presiden pada 11 Ogos 2020. Beliau ialah orang Afrika-Amerika pertama, Asia-Amerika pertama, dan calon naib presiden wanita ketiga yang bertanding atas tiket parti-parti utama selepas Geraldine Ferraro (1984) dan Sarah Palin (2008).[6][7][8]

Kamala_Harris

Lahir Kamala Devi Harris
(1964-10-20) 20 Oktober 1964 (umur 55)
Oakland, California, Amerika Syarikat
Gabenor Jerry Brown
Didahului oleh Terence Hallinan
Ibu bapa Shyamala Gopalan (ibu)
Donald Harris (bapa)
Tandatangan
Digantikan oleh George Gascón
Pasangan Douglas Emhoff (k. 2014)
Parti politik Demokrat
Pendidikan
  • Universiti Howard
  • Universiti California, Hastings
Saudara Maya Harris (adik)

Rujukan

WikiPedia: Kamala_Harris http://bioguide.congress.gov/scripts/biodisplay.pl... http://isni.org/isni/0000000065826859 https://apnews.com/46ef207f32a089b2b54ed35d57c9413... https://www.cnn.com/2020/08/11/politics/biden-vp-p... https://abcnews.go.com/Politics/kamala-harris-late... https://www.nytimes.com/2019/12/03/us/politics/kam... https://www.tampabay.com/news/nation-world/2020/08... https://www.washingtonpost.com/politics/kamala-har... https://id.loc.gov/authorities/names/n2009045056 https://www.harris.senate.gov/about