Sejarah Kambing

Teras tanduk kambing dari kampung Neolitik Atlit Yam

Kambing adalah antara haiwan terawal yang dibela jinak oleh manusia.[4] Analisa genetik paling terkini[5] mengesahkan bukti kaji purba bahawa kambing gurun Bezoar dari Banjaran Zagros barangkali adalah asal-usul hampir semua kambing bela jinak masa kini.[4]

Kaum petani Neolitik mula menggembala kambing liar terutamanya untuk mudah memperoleh susu dan daging, di samping juga tinja yang digunakan sebagai bahan api, tulang, bulu dan urat untuk diperbuat pakaian, bangunan dan peralatan.[1] Tinggalan-tinggalan kambing bela jinak terawal yang bertarikh 10,000 tahun dahulu ditemui di Ganj Dareh, Iran. Rangka kambing ditemui di tapak-tapak kaji purba di Jericho, Choga Mami[6] Djeitun dan Çayönü, mentarikhkan pembelajinakan kambing di Asia Barat pada antara 8000 ke 9000 tahun dahulu.[4]

Kajian-kajian terhadap bukti DNA membayangkan 10,000 tahun dahulu sebagai tarikh pembelajinakan.[5]

Menurut sejarah, kulit kambing digunakan sebagai bekas air dan minuman keras dalam perkelanaan serta pengangkutan minuman keras dagangan. Ia juga digunakan untuk membuat kertas kulit.

Rujukan

WikiPedia: Kambing ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/009/a0540t/a0540t06.p... http://www.environment.gov.au/system/files/resourc... http://archaeology.about.com/od/domestications/qt/... http://www.americangoatsociety.com/education/polle... http://www.dairygoatjournal.com/issues/84/84-6/Tim... http://fiascofarm.com/goats/age.htm http://web.foodnetwork.com/food/web/encyclopedia/t... http://books.google.com/?id=dUgEAAAAMBAJ&lpg=PA57&... http://books.google.com/?id=nWCLpQFrdnMC&pg=PA519&... http://books.google.com/?id=ni6Hbqm04vIC&pg=PA244&...