Kamikaze
Kamikaze

Kamikaze

Kamikaze (Bahasa Jepun: "angin ketuhanan") ialah istilah bahasa Jepun yang asalnya diberi kepada sebuah taufan yang menyelamatkan negara Jepun daripada serangan Empayar Mongol dengan menghancurkan seluruh armada Mongol pada abad ke-13. Dalam penggunaan antarabangsa, perkataan kamikaze membawa maksud pasukan tentera udara berani mati Empayar Jepun dan serangannya terhadap kapal-kapal Kuasa-Kuasa Bersekutu pada tahun-tahun terakhir Perang Dunia Kedua.Ramai di kalangan masyarakat barat yang percaya bahawa istilah kamikaze digunakan oleh tentera Jepun untuk juruterbang, tetapi nama yang sebetulnya ialah tokubetsu kōgeki tai (特別攻撃隊, unit serangan khas), atau singkatannya tokkōtai (特攻隊). Pasukan juruterbang serangan berani mati Tentera Laut pula dipanggil shinpū tokubetsu kōgeki tai (神風特別攻撃隊, Unit Serangan Khas Angin Ketuhanan). Pihak penterjemah Amerika Syarikat tersalah catat transkripsi tulisan kanji bagi shinpū (神風) sebagai kamikaze. Maka larisnya penggunaan istilah kamikaze, sehingga diterima oleh masyarakat Jepun selepas perang.

Rujukan

WikiPedia: Kamikaze http://www.antithesiscommon.com/Issue1/pg4.htm http://www.j-aircraft.com/research/rdunn/hms_aust/... http://www.japanvisitor.com/index.php?cID=359&pID=... http://www.smithsoniannetworks.com/site/smithsonia... http://warbirdforum.com/tokko.htm http://www.williammaloney.com/Aviation/BattleshipC... http://www.williammaloney.com/Dad/WWII/SubmarineLi... http://ww2db.com/other.php?other_id=18 http://www.ww2incolor.com/gallery/movies/kamikaze http://wgordon.web.wesleyan.edu/kamikaze/