Menu
Kampung PenggunaanDi Brunei, kampung secara rasmi ialah pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan yang terakhir. Kampung merupakan sub-pembahagian mukim, yang mana mukim pula merupakan sub-pembahagian daerah. Komuniti kampung diketuai oleh ketua kampung. Biasanya kampung mempunyai kemudahan komuniti asas seperti sekolah rendah dan agama, masjid, dan balai raya atau dewan kemasyarakatan.
Di Malaysia, istilah kampung dirujukkan pada satu petempatan yang penduduknya kurang daripada 1,000 orang di sesebuah kawasan terutamanya di luar bandar atau mana-mana petempatan penduduk masih mengekalkan identiti asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi penduduknya. Dalam organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada Penghulu(ketua), Naib Penghulu, imam, bilal, setiausaha, bendahari dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut tugas dan peranannya dalam menentukan hal ehwal serta kebajikan penduduk terutamanya.
Menu
Kampung PenggunaanBerkaitan
Kampung Kampung Boy Kampung Boy (siri TV) Kampung Titingan Kampung Gajah, Perak Kampung People Kampung Bukit Choras Kampung Baru, Kuala Lumpur Kampung Assam Jawa Kampung Sijangkang, Telok Panglima GarangRujukan
WikiPedia: Kampung