Kampung_Bayangan

Kampung Bayangan terletak tujuh kilometer dari pekan Keningau dan mempunyai 1,423 penduduk pelbagai suku kaum dan majoritinya terdiri daripada suku kaum Dusun yang 100 peratus beragama Islam. Kampung ini pada mulanya merupakan dua buah kampung iaitu Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis tetapi digabungkan di bawah program GDW. Mengikut sejarah, Kampung Bayangan mendapat nama dari sebatang anak sungai yang jernih mengalir ke kampung tersebut. Kejernihan itu sehingga menimbulkan 'sangai' dalam bahasa Dusun yang bermaksud bayang-bayang disingkatkan menjadi 'Bayangan'. Sebilangan besar masyarakat kampung ini bekerja dangan sektor awam dan swasta dan hanya sebahagian kecil masyarakatnya menjadi usahawan (berniaga, bertani dan menternak).Keseluruhan kampung menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik, air dan telefon. Disamping itu terdapat sebuah Sekolah Agama Islam Sabah (SUIS), Tadika KEMAS dan Perpaduan, Medan Info Desa, Dewan Serbaguna, Masjid dan Balai Polis dan lain-lain. Manakala keperluan masyarakat yang lain ialah Balai Masyarakat (Bilik Muafakat), Bangunan Kesejahteraan Masyarakat (Masakan), Pusat Komuniti Rukun Tetangga, Anjung Sri Bayangan (Peranginan) Balai Latihan Kraftangan. Beberapa rumah kediaman di kampung ini juga telah diiktiraf sebagai Inap Desa (Homestay) selain dari itu beberapa kemudahan penginapan pengunjung berupa ‘chalet’ dan gerai makanan.Sebelum ini pada tahun 1986, kampung bayangan mula melakar nama apabila muncul sebagai johan Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Keningau dan negeri Sabah. Pada 1998, sekali lagi kampung bayangan menyandang gelaran johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (P3K) peringkat daerah dan negeri. Pada 1999, kampung tersebut dipilih pula sebagai johan kategori Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan tahun 2000, sekali lagi johan pertandingan P3K peringkat negeri dan kebangsaan. Selain mengikuti pertandingan GDW, kampung bayangan juga berjaya muncul sebagai masjid terbaik peringkat negeri pada tahun 1990 anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan johan pameran Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) peringkat negeri. Sehingga hari ini Kg. Bayangan adalah sebuah kampung yang mewakili Negeri Sabah dan Sarawak yang telah menerima anugerah tertinggi “Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2004” dimana Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) sendiri hadir dalam satu majlis penganugerahan rasmi pada 12 Disember, 2004 satu-satunya tarikh keramat bagi kampung ini. Pada tahun 2008 sekali lagi kampung ini menempah nama dan mengharumkan nama Sabah dengan “Anugerah Khas Desa Gemilang Kebangsaan”. Yang juga disempurnakan oleh Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) ketika itu di Kg. Paya Rumput, Sungai Udang Melaka. Disamping itu beberapa lagi anugerah, kejayaan dan kepercayaan lain diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah telah dicapai. Kg. Bayangan akan terus melonjak menuju destinasi mengikut arus global. Menerima anugerah bukan suatu yang pertama kali diterima oleh GDW Kampung Bayangan tetapi ia merupakan yang paling tinggi setakat ini.