Kampung_Kepayan_Baru

Kampung Kapayan Baru merupakan sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 20 km dari Keningau, Sabah. Perkampungan ini terletak di bawah Dewan Undangan Negeri Sook dan kawasan Parlimen Pensiangan. Majoriti penduduk adalah masyarakat kaum Dusun yang telah menetap di sini sejak tahun 1960-an. Penduduk di Kampung Kapayan Baru menjalankan aktiviti menanam padi dan kebanyakan mereka mempunyai bendang sendiri. Pengunjung yang datang bertandang ke sini pastinya akan terpegun dengan keindahan sawah padi di sini. Tanaman padi masih lagi menggunakan kaedah tradisional.Dahulu, pengunjung perlu merentasi Sungai Pegalan dengan menaiki perahu ataupun jambatan gantung yang dibina oleh orang kampung. Kini, segalanya telah berubah dan semakin mudah. Sebuah jambatan besi telah dibina oleh kerajaan dalam usaha memajukan kawasan luar bandar dan untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk datang ke kampung ini. Jambatan besi ini boleh dilalui oleh segala jenis kenderaan. Walaupun ditelan masa, jambatan gantung ini masih kekal utuh dan berkhidmat untuk penduduk kampung.