Kanaan
Kanaan

Kanaan

Kan'an (Phoenicia: , Kanaʻn; Ibrani: כְּנָעַן‎ Kənáʻan; Arab: كنعان Kanʻān) adalah sebuah istilah kuno bagi wilayah yang kini terdiri dari Israel, Lebanon, wilayah-wilayah Palestin, selain tanah bersempadanan dengan pantai dan bahagian dari Jordan, Syria dan utara Mesir. Dalam Kitab Yahudi, "Tanah Kan'an" mengunjur daripada Lebanon mengarah ke selatan merentasi Gaza sehingga "Sungai Kecil Mesir" dan ke arah timur ke Lembah Sungai Jordan, termasuk Israel moden dan wilayah-wilayah Palestin. Pada zaman kuno, kawasan selatan mengandungi pelbagai kumpulan etnik. Surat Amarna yang dijumpai di Mesir Purba menyebut Kan'an (Akkadia: Kinaḫḫu) berkaitan dengan Gaza dan kota-kota lain di sepanjang pantai Phoenicia dan ke hulu Galilee. Banyak sumber-sumber awal Mesir juga menyebut pelbagai kempen-kempen ketenteraan dilakukan di Ka-na-na.

Rujukan

WikiPedia: Kanaan http://www.allaboutgod.com/truth-topics/canaan.htm http://www.americanstateofcanaan.com/home/index.ht... http://www.globalpolitician.com/articleshow.asp?ID... http://www.trinitysem.edu/Student/Journal/3-3/fact... http://www.museum.upenn.edu/Canaan/index.html http://books.google.it/books?vid=ISBN0192803107 http://www.google.it/url?sa=t&ct=res&cd=2&url=http... http://www.specialtyinterests.net/eae.html http://www.zoltandemmeworks.net/eng/Promised-land-... http://www.canaanite.org