Demografi Kanada

Sejarah kependudukan
TahunBil. penduduk
18512,415,000
18613,174,00031.4%
18713,689,00016.2%
18814,325,00017.2%
18914,833,00011.7%
19015,371,00011.1%
19117,207,00034.2%
19218,788,00021.9%
193110,377,00018.1%
194111,507,00010.9%
195114,009,00021.7%
196118,238,00030.2%
197121,962,00020.4%
198124,820,00013.0%
199128,031,00012.9%
200131,021,00010.7%
2010 ang.37,884,00022.1%
Source: Statistics Canada[153]

Banci Kanada 2006 mengira jumlah penduduk seramai 31,612,897 orang, iaitu meningkat 5.4% sejak tahun 2001.[154] Pertumbuhan penduduk lebih banyak disumbangkan oleh penghijrahan berbanding pertumbuhan semula jadi. Kira-kira empat perlima penduduk Kanada tinggal dalam lingkungan 150 kilometer (93 batu) dari sempadan Amerika Syarikat.[155]Kira-kira empat perlima juga orang yang tinggal dalam kawasan bandar yang tertumpu di Koridor Bandar Raya Quebec – Windsor (termasuk Toronto, Montreal, dan Ottawa), Tanah Besar Hilir BC (terdiri daripada kawasan di keliling Vancouver), dan Koridor Calgary–Edmonton di Alberta.[156]

Menurut bancian 2006, paling ramai rakyat yang melaporkan diri sebagai berketurunan Kanada (32%), diikuti oleh Inggeris (21%), Perancis (15.8%), Scot (15.1%), Ireland(13.9%), Jerman (10.2%), Itali (4.6%), Cina (4.3%), Pribumi Amerika Utara (4.0%), Ukraine (3.9%), dan Belanda (3.3%).[157] Terdapat 600 pemerintahan atau kumpulan Bangsa Pertama teriktiraf yang dianggotai 1,172,790 orang.[158]

Jumlah penduduk Pribumi Kanada bertumbuh hampir dua kali ganda kadar negara, dan 3.8% penduduk Kanada mengakui diri sebagai pribumi pada tahun 2006. 16.2% lagi penduduk tergolong dalam minoriti tampak bukan pribumi.[159] Kelompok minoriti tampak yang terbesar di Kanada ialah Asia Selatan (4%), Cina (3.9%) dan Hitam(2.5%).[160] Pada tahun 1961, kurang 2% penduduk Kanada (kira-kira 300,000 orang) boleh digolongkan sebagai kelompok minoriti tampak dan kurang 1% sebagai pribumi.[161] Pada tahun 2006, 51.0% penduduk Vancouver dan 46.9% penduduk Toronto merupakan golongan minoriti tampak.[162][163] Dari tahun 2001 hingga 2006, jumlah penduduk minoriti tampak meningkat 27.2%.[160] Pada tahun 2007, 19.8% orang Kanada adalah kelahiran asing.[164] Hampir 60% pendatang baru datang dari Asia (termasuk Timur Tengah).[164]Negara-negara penghijrah utama ke Kanada ialah China, Filipina dan India.[165] Menjelang tahun 2031, mungkin satu pertiga warga Kanada datang dari kelompok minoriti tampak.[166]

Kanada mencatat salah satu kadar imigresen per kapita tertinggi di dunia,[167] didorong oleh dasar ekonomi dan penyatuan semula keluarga, dan menyasarkan 240,000 hingga 265,000 penduduk tetap baru pada tahun 2011, iaitu jumlah pendatang yang sama akhir-akhir ini.[168] Kebanyakan pendatang baru menetap di kawasan bandar seperti Toronto dan Vancouver.[169] Kanada juga menerima ramai kaum pelarian.[170] Negara ini menempatkan lebih satu persepuluh pelarian di dunia.[171]


Begitu juga dengan banyak negara maju yang lain, Kanada berdepan dengan anjakan demografi ke arah kependudukan yang lebih tua, dengan lebih ramai pesara dan makin kurang warga berusia bekerja. Pada tahun 2006, purata usia penduduk ialah 39.5 tahun.[172] Hasil bancian juga menandakan bahawa walaupun jumlah pendatang makin ramai sejak tahun 2001 (yang menyebabkan peningkatan jumlah penduduk Kanada berbanding tempoh antara banci yang sebelumnya), namun penuaan kependudukan Kanada tidak terbantut pada tempoh itu.

Agama di Kanada (Banci 2001)[173]
AgamaPeratusan
Katolik
  
43.6%
Protestan
  
29.2%
Tiada agama
  
16.5%
Kristian (mazhab lain)
  
2.6%
Islam
  
2.0%
Ortodoks Timur
  
1.5%
Yahudi
  
1.1%
Buddha
  
1.0%
Hindu
  
1.0%
Sikh
  
0.9%

Sokongan terhadap kemajmukan agama adalah penting dalam budaya politik Kanada.[174] Menurut bancian 2001, 77.1% orang Kanada mengakui diri sebagai Kristian; dalam itu, Katolik merupakan kelompok terbesar (43.6% orang Kanada).[173]Mazhab Protestan yang terbesar ialah Gereja Bersatu Kanada (9.5% orang Kanada), diikuti oleh Anglikan (6.8%), Baptis (2.4%), Lutheran (2%), dan Kristian lain (4.4%).[173] Sekitar 16.5% warganegara Kanada mengakui tidak beragama, dan 6.3% yang selebihnya memeluk agama selain Kristian, yang terbesar ialah Islam(2.0%), diikuti oleh agama Yahudi (1.1%).[173]

Pihak-pihak provinsi dan wilayah Kanada bertanggungjawab atas pendidikan. Setiap sistem pendidikan kewilayahan ini serupa dengan satu sama lain, sambil mencerminkan sejarah, kebudayaan dan geografi setempat.[175] Umur persekolahan wajib adalah sekitar 5–7 hingga 16–18 tahun,[175] maka menyumbang kepada kadar celik huruf dewasa sebanyak 99%.[82] Pada tahun 2002, 43% warga Kanada berusia 25 hingga 64 menerima pendidikan pasca-menengah; untuk yang berusia 25 hingga 34 tahun pula, kadar pendidikan pasca-menengah mencapai 51%.[176]

Bahasa

Kanada ada dua bahasa rasmi iaitu Inggeris dan Perancis. Kedwibahasaan rasmi ditakrifkan dalam Piagam Hak dan Kebebasan Kanada, Akta Bahasa Rasmi, dan Official Language Regulations; ia diselia oleh Pesuruhjaya Bahasa Rasmi. Bahasa Inggeris dan Perancis mendapat taraf sama tinggi di mahkamah persekutuan, Parlimen, dan semua institusi persekutuan. Warganegara berhak untuk menerima khidmat kerajaan persekutuan dalam bahasa Inggeris atau Perancis jika permintaannya mencukupi, manakala golongan minoriti bahasa rasmi dijamin sekolah sendiri di semua provinsi dan wilayah.[177]

Notre-Dame-des-Victoires di Basse-Ville (Pekan Hilir) yang bersejarah di Bandar Raya Quebec, Quebec. Kebanyakan penduduknya berbahasa Perancis di samping minoriti kecil yang berbahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis masing-masing merupakan bahasa ibunda 59.7% dan 23.2% penduduk Kanada.[178] Kira-kira 98% orang Kanada bertutur dalam bahasa Inggeris atau Perancis (57.8% berbahasa Inggeris sahaja, 22.1% berbahasa Perancis sahaja, dan 17.4% berbahasa kedua-duanya).[178] Komuniti-Komuniti Bahasa Rasmi Inggeris dan Perancis yang ditakrifkan mengikut Bahasa Rasmi Pertama yang Dituturkan, masing-masing merangkumi 73.0% dan 23.6% penduduk.[179]

Piagam Bahasa Perancis menjadikan bahasa Perancis bahasa rasmi provinsi Quebec.[180]Walaupun lebih 85% warga Kanada berbahasa Perancis tinggal di Quebec, namun penduduk berbahasa Perancis juga ramai di Ontario, Alberta, dan Manitoba selatan; Ontario diduduki penduduk berbahasa Perancis teramai di luar Quebec.[181] New Brunswick, satu-satunya provinsi yang berdasar dwibahasa rasmi, mempunyai golongan minoriti Acadia yang berbahasa Perancis dan membentuk 33% penduduk. Juga terdapat kelompok Acadia di Nova Scotia barat daya, Pulau Cape Breton, dan Pulau Putera Edward barat dan tengah.[182]

Provinsi-provinsi lain pula tiada bahasa rasmi sedemikian, namun bahasa Perancis digunakan sebagai bahasa pengantara dalam mahkamah dan perkhidmatan kerajaan lain di samping bahasa Inggeris. Manitoba, Ontario, dan Quebec membenarkan penggunaan kedua-dua bahasa Inggeris dan Perancis dalam dewan undangan serta menggubal undang-undang. Di Ontario, bahasa Perancis mendapat suatu taraf di sisi undang-undang tetapi tidak rasmi sepenuhnya.[183] Terdapat 11 kelompok bahasa Pribumi yang terdiri daripada lebih 65 loghat yang berbeza.[184] Daripada itu, hnay bahasa-bahasa Cree, Inuktitut dan Ojibway yang cukup ramai penutur fasih untuk dianggap berdaya hidup dalam jangka masa panjang.[185] Sesetengah bahasa pribumi mendapat status rasmi di Wilayah Utara.[186] Inuktitut ialah bahasa majoriti di Nunavut, dan satu daripada tiga bahasa rasmi di wilayah itu.[187]

Lebih enam juta orang di Kanada menyenaraikan bahasa bukan rasmi sebagai bahasa ibunda mereka.[188] Antara bahasa pertama bukan rasmi yang paling ramai penuturnya termasuk bahasa Cina (terutamanya loghat Kantonis; 1,012,065 penutur bahasa pertama), bahasa Itali (455,040), bahasa Jerman (450,570), bahasa Punjabi (367,505) dan bahasa Sepanyol (345,345).[189]

Kawasan metropolitan tertinggi di Kanada dari segi jumlah penduduk (Banci 2006)
NamaNegeri/wilayahPend.NamaNegeri/wilayahPend.
TorontoOntario5,113,149KitchenerWaterlooOntario451,235
MontrealQuebec3,635,571St. CatharinesNiagaraOntario390,317
VancouverBritish Columbia2,116,581HalifaxNova Scotia372,858
OttawaGatineauOntario–Quebec1,130,761OshawaOntario330,594
CalgaryAlberta1,079,310VictoriaBritish Columbia330,088
EdmontonAlberta1,034,945WindsorOntario323,342
Bandaraya QuebecQuebec0715,515SaskatoonSaskatchewan233,923
WinnipegManitoba0694,898ReginaSaskatchewan194,971
HamiltonOntario0692,911SherbrookeQuebec186,952
LondonOntario0457,720St. John'sNewfoundland dan Labrador181,113