Kanada
Kanada

Kanada

Kanada (Bahasa Inggeris: Canada /[invalid input: 'icon']ˈkænədə/) ialah sebuah negara Amerika Utara yang terdiri daripada sepuluh provinsi (negeri) dan tiga wilayah. Terletak di bahagian utara benuanya, Kanada menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga Lautan Pasifik di barat dan Lautan Artik di utara. Ia merupakan negara kedua paling luas di dunia. Sempadan Kanada dengan Amerika Syarikat di selatan dan barat laut adalah yang terpanjang di dunia.Tanah yang kini menjadi Kanada pernah didiami oleh pelbagai kaum orang asli sejak ribuan tahun dahulu. Bermula pada lewat abad ke-15, misi penjelajahan British dan Perancis menerokai lalu bertempat di sepanjang pantai Atlantik. Perancis menyerahkan hampir kesemua jajahannya di Amerika Utara pada tahun 1763 selepas Perang Tujuh Tahun. Pada tahun 1867, dengan kesatuan tiga jajahan Amerika Utara British secara Pergabungan, Kanada dibentuk sebagai sebuah dominion persekutuan empat provinsi. Dengan ini bermulanya pertambahan provinsi dan wilayah serta proses meningkatkan autonomi dari United Kingdom. Peluasan autonomi ini diserlahkan oleh Statut Westminster 1931 dan memuncak pada Akta Kanada 1982, yang memutuskan sisa-sisa pergantungan undang-undang pada parlimen United Kingdom.Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II selaku ketua negara. Ia merupakan sebuah negara dwibahasa yang menggunakan bahasa-bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi di peringkat persekutuan. Sebagai sebuah negara yang amat maju, Kanada mempunyai ekonomi kepelbagaian yang bergantung pada kekayaan sumber alam dan perdagangan, khususnya dengan Amerika Syarikat yang dijalinkan hubungan yang lama dan rumit oleh Kanada. Kanada menganggotai pertubuhan-pertubuhan G7, G8, G20, NATO, OECD, WTO, Negara-Negara Komanwel, Francophonie,OAS, APEC, dan PBB. Dengan mencatat Indeks Pembangunan Insan kelapan tertinggi di dunia, Kanada adalah antara negara yang menikmati taraf hidup yang tertinggi di dunia.

Kanada

• Ratu Elizabeth II
• Akta Amerika Utara British 1 Julai 1867
Zon masa UTC−3.5 hingga −8
Pemerintahan Demokrasi berparlimen persekutuan dan raja berperlembagaan[4]
• Dewan Rakyat Dewan Rakyat
Perundangan Parlimen
• Kepadatan 3.41/km2 (8.8/sq mi) (ke-228)
Bahasa rasmi Inggeris dan Perancis
• Akta Kanada 17 April 1982
KDNK (PPP) Anggaran 2010 
• Gabenor-Jeneral David Johnston
Mata wang Dolar Kanada ($) (CAD)
• Bancian 2006 32,623,490[6]
Format tarikh dd-mm-yyyy, mm-dd-yyyy, dan yyyy-mm-dd (M)
• Perdana Menteri Justin Trudeau
• Musim panas (DST) UTC−2.5 to −7
• Anggaran 2011 34,436,000[5] (ke-36)
Ibu kota Ottawa
• Dewan Pertuanan Senat
Bandar terbesar Toronto
• Per kapita $46,215[7]
Bahagian memandu kanan
Gini (2005) 32.1[8]
Ralat: Nilai Gini tidak sah
Kod panggilan +1
• Total $1.330 trilion[7]
KDNK (nominal) Anggaran 2010 
• Air (%) 8.92 (891,163 km2/344,080 mi2)
• Jumlah $1.574 trilion[7]
Diiktiraf bahasa serantau Inuktitut, Inuinnaqtun, Bahasa Cree, Bahasa Dëne Sųłiné, Bahasa Gwich’in, Inuvialuktun, Slavey danTłįchǫ Yatiì[3]
• Statut Westminster 11 Disember 1931
HDI (2010) ▲ 0.888[9]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-8
Internet TLD .ca