Kandahar
Kandahar

Kandahar

Kandahar merupakan bandar kedua terbesar di Afghanistan dengan 1,279,520 penduduk pada tahun 2017.[2] Ia menjadi ibu negeri bagi wilayah Kandahar yang terletak di Sungai Arghandab. Kandahar pada asalnya diberi nama Alexander Arachosia oleh Alexander Agung, yang merupakan pengasas kepada penubuhan bandar itu di sekeliling bandar kecil Arachosia pada tahun 329 SM.[3][4] Kandahar yang merupakan ibu negeri kepada Wilayah Kandahar, terletak di kawasan selatan negara dengan ketinggian 1,010 m dari aras laut. Sungai Arghandab mengalir melalui kawasan barat bandar ini.[5] Ia mempunyai 15 daerah dan keluasan tanah sebanyak 27,337 hektar.[6]Kandahar mempunyai budaya orang Pashtun yang sangat banyak dan telah menjadi kerusi kuasa tradisional mereka untuk lebih daripada 200 tahun. Aktiviti ekonomi utamanya ialah kambing biri-biri, bulu, kain koton, sutera, felt, grain, buah-buahan kering dan tembakau.Ia boleh dihubungkan dengan bandar Herat di barat, Ghazni dan Kabul di timur, Tarin Kowt di utara dan Quetta, negara Pakistan di selatan.