Kanggaru
Kanggaru

Kanggaru

Macropus rufus
Macropus giganteus
Macropus fuliginosus
Macropus antilopinusKanggaru ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam famili Macropodidae. Dalam kegunaan am istilah ini digunakan untuk menghuraikan spesies terbesar dalam famili tersebut, iaitu Kanggaru Merah, Kanggaru Antelop, dan Kanggaru Kelabu Timur dan Barat dalam genus Macropus. Famili tersebut juga merangkumi banyak spesies yang lebih kecil termasuk walabi, kanggaru pokok, walaroo, pademelon dan Quokka, iaitu jumlahnya 63 spesies yang hidup.[1] Kanggaru adalah endemik kepada benua Australia, manakala makropod yang lebih kecil ditemui di Australia dan New Guinea. Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan. Namun, timbul juga kontroversi mengenai penternakan kanggaru untuk dagingnya.Kanggaru merupakan satu ikon negara Australia: haiwan ini sering ditampilkan pada jata Australia,[2] diadun pada sesetengah bentuk matawang,[3] dan juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan Australia, termasuk syarikat penerbangan Qantas.[4]