Kangkung
Kangkung

Kangkung

Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania.[1] Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.

Rujukan

WikiPedia: Kangkung http://www.stanford.edu/class/humbio103/ParaSites2... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17651914 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22646693 http://www.iptek.net.id/ind/teknologi_pangan/index... http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Food/News/2014... http://www.homestaymelaka.gov.my/blog/melaka-belac... http://agrolink.moa.my/doa/bdc/vege/ka_tek_bm.html //doi.org/10.1016%2Fj.fitote.2007.06.011 //doi.org/10.1111%2Fj.1753-0407.2012.00210.x http://www.stuartxchange.org/Kangkong.html