Kanon
Kanon

Kanon

Kanon (カノン) ialah sebuah novel visual dari Key yang mula diterbitkan pada 4 Jun 1999. Keluaran pertamanya dihasilkan dalam versi PC. Keluaran seterusnya dihasilkan dalam pelbagai versi lagi seperti versi Dreamcast, PlayStation 2 dan PlayStation Portable. Setakat ini semua versi novel visual tersebut hanya diterbitkan dalam bahasa Jepun sahaja.Kanon telah diadaptasikan kepada beberapa siri novel ringan, drama radio, manga dan anime bergenre romantik seinen. Siri pertama anime ini diterbitkan oleh Toei Animation dan mula disiarkan dari 31 Januari hingga 28 Mac 2002 dan mengandungi 13 episod kesemuanya. Pada tahun 2006, siri ini telah dibuat semula oleh Kyoto Animation sebanyak 24 episod dengan tambahan plot dan gaya lukisan yang baru.