Kapak
Kapak

Kapak

Kapak adalah sejenis peralatan pertukangan kayu yang digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, dan wujud di dalam hampir setiap tamadun manusia. Kapak digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk membelah kayu, memotong kayu, menebang pokok-pokok dan kayu balak. Selain itu, kapak juga digunakan sebagai senjata perang dan senjata pertahanan diri. Kapak juga digunakan sebagai alat dalam istiadat keagamaan dan upacara adat dan dijadikan sebagai simbol lambang heraldic. Kapak mempunyai berbagai bentuk dan kegunaan, termasuklah kegunaan khusus. Tetapi bentuk asasnya tidak banyak berbeza, iaitu kepala kapak yang dihubungkan kepada satu pemegang.