Menu
Kapal korek di Malaysia Senarai kapal korek terakhir dibina di Malaysia (1966 - 1985)Reka bentuk dan pembinaan kapal korek timah di Malaysia memuncak pada tahap paling maju diantara tahun 1966 hingga 1985. Dalam tempoh ini F W Payne & Son dan lain-lain firma seperti IHC Holland (kini Royal IHC) mendapat kontrak merekabentuk sehingga 14 buah kapal korek baru. Berikut adalah 14 senarai kapal korek terakhir yang dibina di Malaysia yang juga merupakan kapal korek termoden dalam sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah negara. [29]
Tahun Dibina | Kapal Korek | Kapasiti Pengeluaran M3/Setahun | Pemilik | Lokasi | Pereka |
1985 | Kuala Langat Dredge No 1 | 7.8 | Kuala Langat Mining Sdn Bhd* | Kuala Langat | IHC Holland |
1982 | Petaling Dredge No 9 | 7.9 | Petaling Tin Berhad | Kuala Langat | FW Pynes |
1980 | Timah Dermawan (Sri Dermawan Dredge) | 6.5 | Timah Dermawan Sdn Bhd* | Tronoh | Tidak Diketahui |
1979 | Perangsang Rio Tinto Dredge No 2 # | 7.3 | Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd | Kuala Langat | - |
1979 | Sri Mambang (MDA Dredge) | 1.7 | Mambang Di-Awan Sdn Bhd | Kampar | FW Pynes |
1979 | Berjuntai Dredge No 9 | 5.6 | Berjuntai Tin Dredging Berhad* | Batang Berjuntai | Tidak Diketahui |
1977 | Sri Dengkil Dredge | 7.3 | Perangsang Tin Consolidated Sdn Bhd | Kuala Langat | FW Pynes |
1976 | Berjuntai Dredge No 8 | 5.3 | Berjuntai Tin Dredging Berhad* | Batang Berjuntai | Tidak Diketahui |
1974 | Sri Banting Dredge[11] | 5.5 | Timah Langat Berhad | Kuala Langat | FW Pynes |
1973 | Selangor Dredge No 2 | 7.9 | Selangor Dredging Berhad | Kuala Langat | FW Pynes |
1972 | Perangsang Rio Tinto Dredge No 1 # | 7.3 | Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd | Kuala Langat | - |
1970 | Sri Timah Dredge [30] | 7.3 | Conzinc Rio Tinto Malaysia Sdn Bhd ** | Kuala Langat | IHC Holland |
1970 | Petaling Dredge No 7 | 4.4 | Petaling Tin Berhad | Kuala Langat | FW Pynes |
1966 | Selangor Dredge No 1 | 4.4 | Selangor Dredging Berhad | Kuala Langat | Tidak Diketahui |
* Syarikat-syarikat yang ditanda adalah terkait dengan MMC. MMC adalah pemegang saham utama dalam Berjuntai Tin Dredging Berhad, manakala Timah Dermawan Sdn Bhd dan Kuala Langat Mining Sdn Bhd adalah syarikat usahama antara MMC dengan entiti lain terutamanya kerajaan negeri Perak dan Selangor.
** Berikutan pengenalan dasar NEP negara pada ketika itu yang menghadkan pegangan saham syarikat luar negara yang ingin terlibat dalam sektor perlombongan, kapal korek Sri Timah telah dipindah milik ke syarikat Perangsang Tin Consolidated Sdn Bhd (PTC) pada awal 80an dengan pemilik asal (Conzinc Rio Tinto Malaysia Sdn Bhd) turut memilik saham dalam syarikat berkenaan melaui penggabungan, menjadikan syarikat PTC memiliki sehingga dua buah kapal korek.
# Senarai kapal korek diatas dipetik dari buku Tin Mining in Malaysia 1800-2000: The Osborne & Chappel Story. Bagaimanapun data-data rasmi dari kapal-kapal korek milik Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd masih belum diperolehi selain terdapatnya beberapa isu percanggahan maklumat dari sumber-sumber yang pernah berkerja dengan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS).
Menu
Kapal korek di Malaysia Senarai kapal korek terakhir dibina di Malaysia (1966 - 1985)Berkaitan
Kapal Kapal korek di Malaysia Kapal Vasa Kapal perang Kapal terbang Kapal induk pesawat udara Kapal kontena Kapal selam Kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz Kapal kargo pukalRujukan
WikiPedia: Kapal korek di Malaysia http://cdn1.i3investor.com/my/files/dfgs88n/2000/0... http://malaysianminerals.com/savethedredge.pdf http://www.rakyatpos.com/kapal-keruk-koba-tin-terg... http://digicoll.library.wisc.edu/cgi-bin/EcoNatRes... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://www.ocie.com.my/Clients/ociecommy/dredge-cp... http://www.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid=...