Kapal_korek_di_Malaysia
Kapal_korek_di_Malaysia

Kapal_korek_di_Malaysia

Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih terutamanya bijih timah. Penggunaannya membantu mempercepatkan meraih keuntungan dalam aktiviti perlombongan berbanding menggunakan kaedah tradisional. Kapal Korek banyak digunakan di seluruh dunia dalam aktiviti perlombongan bijih di kawasan-kawasan yang bersesuaian.Di Malaysia, kapal korek sejak mula diperkenalkan pada tahun 1913 hanya terhad digunakan dalam industri perlombongan bijih timah sahaja iaitu di kawasan-kawasan yang datar dan berpaya terutamanya kawasan berpasir dipesisir sungai yang ditemui bijih timah. Di sepanjang persisir Sungai Kinta dan sungai-sungai lain di Perak yang bercantum dengannya pada suatu masa dahulu adalah merupakan kawasan yang mengandungi rizab timah terbesar di dunia. Namun di peringkat antarabangsa, kapal korek turut digunakan bagi melombong bijih lain seperti emas dan rutil. Kapal korek juga pernah digunakan untuk melombong berlian. Perlombongan emas menggunakan kapal korek sangat aktif berlaku sebelum ini seperti di Amerika Syarikat, New Zealand dan lain-lain negara. Sebelum kapal korek hendak digunakan di kawasan-kawasan tapak perlombongan, kajian harus dilakukan terlebih dahulu. Biasanya kaedah gerudi digunakan bagi mendapatkan maklumat jumlah konsentrasi bijih, keluasan dan kedalamannya. kerja-kerja menggerudi tanah dilakukan untuk mengetahui kadar bijih dalam tanah di kawasan tersebut dan menganggarkan sama ada operasi-operasi melombong dijangka boleh menguntungkan. Sekiranya terdapat bijih yang mencukupi yang boleh menguntungkan jika dilombong melalui penggerudian awalan itu maka, kawasan berkenaan akan digerudi dengan lebih kerap dan secara sistematik lagi pada jarak-jarak yang Iebih dekat lagi, untuk menganggarkan isi bijih di seluruh kawasan tersebut.[1]Jika benar sesuai dan bakal menguntungkan, selepas itu barulah saiz dan keupayaan penggalian kapal korek boleh ditentukan. Kapal korek biasanya akan dibina mengikut keadaan bijih yang ditemui dan keupayaan semasa syarikat, semakin dalam bijih ditemui di kedalaman bumi maka semakin besarlah kapal korek yang ditempah.

Rujukan

WikiPedia: Kapal_korek_di_Malaysia http://cdn1.i3investor.com/my/files/dfgs88n/2000/0... http://malaysianminerals.com/savethedredge.pdf http://www.rakyatpos.com/kapal-keruk-koba-tin-terg... http://digicoll.library.wisc.edu/cgi-bin/EcoNatRes... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://www.ocie.com.my/Clients/ociecommy/dredge-cp... http://www.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid=...